Gambar PAKK Lenggong

Gambar PAKK Lenggong

Monday, September 14, 2009

Selamat Hari Raya Aidil Fitri

” Ya Allah…

Ramadhankanlah Jiwa Kami dengan Magfirah Mu

Ramadhankanlah Hati Kami dengan Nur Mu

Ramadhankanlah Prilaku Kami dengan Rahmat Mu

Ramadhankanlah Ucapan Kami dengan Firman Mu

Amin… “

Warga PAKK Lenggong dan Pasukan Perlindungan Kanak-kanak Hulu Perak mengambil kesempatan ini ingin mengucapkan Selamat hari Raya & Maaf Zahir dan Batin kepada semua.Semoga ceria menyambut di samping keluarga tercinta.



Matahari Berdzikir, Angin Bertasbih Dan Pepohonan Memuji Keagungan-Mu.
Semua Menyambut Datangnya Seribu Bulan.
Selamat Datang Ramadhan, Selamat Beribadah Puasa.


Jika Hati Sejernih Air, Jangan Biarkan Ia Keruh,
Jika Hati Seputih Awan, Jangan Biarkan Dia Mendung,
Jika Hati Seindah Bulan, Hiasi Ia Dengan Iman.

Sebelas Bulan Kita Kejar Dunia,
Kita Umbar Nafsu Angkara.
Sebulan Penuh Kita Gelar Puasa,
Kita Bakar Segala Dosa.

Sebelas Bulan Kita Sebar Dengki Dan Prasangka,
Sebulan Penuh Kita Tebar Kasih Sayang Sesama.
Dua Belas Bulan Kita Berinteraksi Penuh Salah Dan Khilaf,
Di Hari Suci Nan Fitri Ini, Kita Cuci Hati, Kita Buka Pintu Maaf.
Salam Idul Fitri & Maaf Zahir dan Batin

Program Keahlian PAKK Lenggong

Selamat datang dan Selamat bertugas Fasilitator Baru PAKK Lenggong



Warga PAKK Lenggong mengalu-alukan dan mengucapkan Selamat Datang dan Selamat Bertugas......





Cik Nurul Nadia

Pasukan Perlindungan Kanak-kanak Hulu Perak sebagai Fasilitator PAKK Lenggong yang baru bagi menggantikan Cik Fadilah Ali yang telah berhenti berkhidmat kerana melanjutkan pelajaran di UUM.


Sunday, September 13, 2009

AKTIVITI ORIGAMI

Pada 12 haribulan September 2009,pukul 9.30 pagi, PAKK Lenggong telah mengadakan aktiviti origami yang disertai oleh 11 orang pelajar dan seorang guru iringan daripada SK Bukit Balai, Lenggong.

Para peserta sedang mengisi borang keahlian PAKK Lenggong sambil fasilitator memberikan sedikit taklimat mengenai aktiviti yang dijalankan.















Aktiviti dijalankan bersama dengan tunjuk ajar dari fasilitator mengenai cara membuat origami.






























































Origami yang telah disiapkan oleh para peserta dengan sempurna dan pelbagai.




















Origami bunga tulip















Origami bola















Origami burung















Sesi bergambar bersama kakitangan PAKK Lenggong berserta dengan peserta yang menjayakan aktiviti origami ini.




























































Saturday, September 5, 2009

INFO KESEDARAN H1N1

Ekoran wabak penyakit berjangkit yang semakin menular, PAKK mengadakan minggu info kesedaran h1n1 yang berlangsung dari 17hb hingga 21 hb..penyertaan adalah seramai 21 orang yang terdiri dari pelajar sekolah menengah..setiap pelajar diberi mask percuma dan diberi penerangan tentang cara pemakaian mask dengan betul. Selain itu, mereka turut diajar cara untuk menjaga kebersihan diri...diharap para pelajar dapat memanfaatkan aktiviti ini supaya tidak dijangkiti wabak tersebut.



Poster berkenaan H1N1

















Sesi pendaftaran oleh para peserta





























Sesi memakaikan mask kepada peserta.

















































































Si kecil yang turut mempunyai kesedaran mengenai bahaya H1N1.Bagaimanakah pula kita?














Semoga kita mengambil langkah kesedaran bersama mencegah virus H1N1 daripada menular.

Terima kasih.



Thursday, September 3, 2009

Nyanyian Kanak-kanak Semasa Hari Kemerdekaan

Aktiviti Mewarna Dan Mengibar Jalur Gemilang

29hb Ogos 2009 - Pusat Aktiviti Kanak-Kanak Lenggong telah menjalankan satu aktiviti mewarna dan mengibar jalur gemilang dimana para peserta yang terdiri dari kalangan kanak-kanak telah menonjolkan bakat mewarna masing-masing. Walaupun berpuasa, mereka kelihatan ceria dan bersungguh-sungguh ketika menjayakan aktiviti ini. Tahniah diucapkan. Berikut adalah gambar ketika aktiviti dijalankan.