Gambar PAKK Lenggong

Gambar PAKK Lenggong

Monday, June 15, 2009

Kakitangan PAKK Lenggong





Jawatan
Fasilitator PAKK Lenggong

Nama
Nurul Nadia Bt Badri

Alamat
Lot 1052, Lorong 1,

Taman Sentosa,
33300 Gerik, Perak








Jawatan
Penyelia PAKK Lenggong

Nama
Norfazlin Binti Tajuddin

Alamat
Kampung Paya, Luat
33400 Lenggong,Perak

Logo PAKK Lenggong



Pihak kami telah mencetus idea untuk mencipta Logo PAKK Lenggong bagi mewajahkan lagi identiti PAKK kami.

Sedikit ulasan tentang logo yang dicipta :-

1. Gambar rumah
-Melambang satu suasana selamat untuk kanak-kanak.Penggunaan warna biru menggambarkan ketenangan dan suasana yang sesuai untuk kanak-kanak.

2. Gambar matahari

-Mengambarkan anasir asing yang cuba mengganggu gugat kanak-kanak tersebut.Matahari sememangnya baik bagi untuk manusia tetapi adakalanya memberi kesan negatif kepada manusia juga khususnya kepada kanak-kanak.

3. Gambar Kanak-kanak

- Digambarkan kanak-kanak pelbagai warna dicetuskan untuk menunjukkan bahawa kanak-kanak ini tergolongan dari pelbagai jenis kaum,jantina, agama dan budaya.

Ulasan kes-kes yang melibatkan kanak-kanak

Bagaimana dalam kes kehilangan seperti yang berlaku ke atas adik Nurin dan Sharlinie. Bolehkan kita katakan ibu bapa mereka cuai.

Dalam kes kehilangan ini sukar sedikit menentukan sama ada ibu bapa itu cuai atau tidak. Pihak berkuasa perlu meneliti kes sebelum mengambil tindakan lanjut. Dalam Akta Kanak-Kanak 2001 - Seksyen 31 (1) menyatakan mana-mana orang, atau orang yang mempunyai pemeliharaan seseorang kanak-kanak - (a) yang menganiayai, mengabaikan, membuang atau mendedahkan kanak-kanak itu dengan cara yang mungkin akan menyebabkannya mengalami kecederaan fizikal atau emosi atau yang menyebabkan atau membenarkannya dianiayai, diabaikan, dibuang atau didedahkan sedemikian; atau (b) yang menganiayai dari segi seks kanak-kanak itu atau yang menyebabkan atau membenarkannya dianiayai sedemikian, apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM20,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi 10 tahun atau kedua-duanya.

Namun, pada saya kita kena lihat latar belakang kes. Contohnya, jika kanak-kanak hilang kerana keluar berseorangan ke pasar malam tanpa pengetahuan ibu bapa, ini tidak boleh dikatakan ibu bapa cuai kerana selama ini ibu bapanya tidak membenarkan anaknya keluar berseorangan. Ia berbeza dengan kes yang mana ibu bapa selalu meninggalkan anak dan tidak mengawasi anak serta membenarkan anak keluar berseorangan, maka mereka boleh dikatakan cuai. Ini yang saya katakan tadi kita kena tengok kepada kes yang menimpa kanak-kanak itu.

Setakat ini belum ada tindakan diambil terhadap ibu bapa. Adakah ini disebabkan tidak ada peruntukan undang-undang atau kelemahan pihak berkuasa.

Akta Kanak-Kanak 2001 adalah menyeluruh, tetapi ia tidak menjamin perlindungan kanak-kanak secara optimum. Seperti saya katakan sukar pihak berkuasa menjalankan tugas, walaupun peruntukan sudah ada. Saya fikir mungkin kita kena juga mengambil tindakan sebagai pengajaran supaya pada masa depan kejadian dan kelalaian yang sama tidak berulang.

Saya tahu bagi kes cuai dan abai ini, pihak berkuasa masih teragak-agak mengambil tindakan. Namun, kena ingat undang-undang tidak memilih siapa yang akan dikenakan tindakan. Jika benar ibu bapa cuai, mengabai atau menganiaya, mereka juga patut dikenakan tindakan mengikut undang-undang sedia ada.

Definisi kecuaian di bawah Akta kanak-kanak 2001.

Definisi kecuaian di bawah Akta kanak-kanak 2001.

Secara khusus agak sukar kerana peruntukan yang disebut tidak pernah dikenakan di mahkamah jadi garis pengukur tidak dapat dibuat sebagai satu anggaran. Contohnya, maksud ‘penjagaan yang sepatutnya’ mengikut undang-undang. Apa itu sebenarnya hanya boleh diselesaikan dan ditentukan di mahkamah apabila ada kes yang dihadapkan, maka mahkamah terpaksa menentukan bahawa sesuatu keadaan itu boleh dikatakan satu pengabaian ataupun tidak.

Bagi pihak berkuasa tindakan sukar diambil kerana ada konflik antara menjalankan tugas dengan simpati dengan apa yang berlaku. Konflik ini menyebabkan hak kanak-kanak dinafikan dan objektif mewujudkan akta ini bagi pemeliharaan, perlindungan dan pemulihan kanak-kanak di negara ini tidak akan tercapai.

Bagaimanapun, saya suka memberi senario yang mana boleh dikatakan cuai atau sebaliknya.

Contohnya, adakah ibu bapa meninggalkan anak dalam kereta ketika keluar membeli barang atau tidak memegang tangan anak ketika berjalan dengannya di jalan raya atau ketika membeli-belah juga dikira pengabaian.

Bagaimana pula dengan ibu bapa meninggalkan kanak-kanak di rumah seorang diri atau tanpa diawasi orang dewasa begitu juga kes meninggalkan anak dalam rumah dan menguncinya dari luar, adakah ia satu kesalahan, terutama apabila berlaku tragedi seperti kebakaran.

Kebiasaannya, apabila timbul kes seperti ini kita sudah lupa kepada kes kecuaian yang dilakukan ibu bapa kerana secara spontan kita menyatakan simpati dan menghulur bantuan. Kita akan mengatakan ‘takdir’ dan pasrah dengan kehendak Allah sedangkan apa yang berlaku kerana kecuaian ibu bapa menjalankan tanggungjawab mereka.

Persoalannya, sampai bila kita akan terus membiarkan ibu bapa yang cuai ini terlepas begitu saja. Adakah kejam jika kita mendakwa mereka ini? Bagaimana pula nasib anak yang lain apabila ibu bapa mereka didakwa?

Kegagalan mengambil tindakan juga bermakna peruntukan undang-undang sedia ada tidak akan dilaksana atau dikuatkuasakan sepenuhnya. Saya khuatir, jika tidak dikuatkuasakan ibu bapa akan terus mengabaikan kebajikan anak sama ada disedari atau tidak. Saya percaya jika ada yang dikenakan tindakan ini, ia akan menjadi pengajaran kepada semua dan dapat meningkatkan kesedaran mengenai masalah pengabaian anak.

Namun, perlu ditegaskan bahawa hukuman saja tidak berkesan jika masyarakat tidak mencegah pemasalahan ini daripada terus berlaku. Pada masa sama, mahu ditegaskan saya juga kurang setuju jika kita mengenakan tindakan ke atas mereka yang bersedih atas kehilangan anak masing-masing. Kita kena ingat bahawa Akta Kanak-kanak 2001 diwujudkan bukan hanya untuk menghukum mereka yang bersalah, tetapi mendidik masyarakat mencegah kejadian tidak diingini berlaku terhadap kanak-kanak.

Saya percaya sebagai ibu bapa sudah tentu mahu yang terbaik untuk anak, tetapi kadang-kadang sesuatu berlaku tanpa diduga yang dilihat sebagai pengabaian atau kelalaian pada pihak ibu bapa sendiri.

Monday, June 8, 2009

Organisasi PAKK





Pertandingan Melukis Mewarna



SYARAT – SYARAT PERTANDINGAN:


Terbuka kepada :

1) Berumur 7-9 tahun (Tahap 1)
2) Berumur 10-12 tahun (Tahap 2)

Yuran Penyertaan adalah pecuma.

Peralatan mewarna hendaklah dibawa oleh peserta sendiri. (Kertas lukisan disediakan).

Peserta digalakkan menggunakan peralatan mewarna oil pastel ataupun pensil warna.

Keputusan pengadil adalah muktamad dan setiap lukisan adalah hakmilik Pusat Aktiviti Kanak-kanak Lenggong.

Sila hubungi urusetia Cik Fadilah Bt. Ali untuk sebarang maklumat lanjut.