Gambar PAKK Lenggong

Gambar PAKK Lenggong

Monday, June 15, 2009

Definisi kecuaian di bawah Akta kanak-kanak 2001.

Definisi kecuaian di bawah Akta kanak-kanak 2001.

Secara khusus agak sukar kerana peruntukan yang disebut tidak pernah dikenakan di mahkamah jadi garis pengukur tidak dapat dibuat sebagai satu anggaran. Contohnya, maksud ‘penjagaan yang sepatutnya’ mengikut undang-undang. Apa itu sebenarnya hanya boleh diselesaikan dan ditentukan di mahkamah apabila ada kes yang dihadapkan, maka mahkamah terpaksa menentukan bahawa sesuatu keadaan itu boleh dikatakan satu pengabaian ataupun tidak.

Bagi pihak berkuasa tindakan sukar diambil kerana ada konflik antara menjalankan tugas dengan simpati dengan apa yang berlaku. Konflik ini menyebabkan hak kanak-kanak dinafikan dan objektif mewujudkan akta ini bagi pemeliharaan, perlindungan dan pemulihan kanak-kanak di negara ini tidak akan tercapai.

Bagaimanapun, saya suka memberi senario yang mana boleh dikatakan cuai atau sebaliknya.

Contohnya, adakah ibu bapa meninggalkan anak dalam kereta ketika keluar membeli barang atau tidak memegang tangan anak ketika berjalan dengannya di jalan raya atau ketika membeli-belah juga dikira pengabaian.

Bagaimana pula dengan ibu bapa meninggalkan kanak-kanak di rumah seorang diri atau tanpa diawasi orang dewasa begitu juga kes meninggalkan anak dalam rumah dan menguncinya dari luar, adakah ia satu kesalahan, terutama apabila berlaku tragedi seperti kebakaran.

Kebiasaannya, apabila timbul kes seperti ini kita sudah lupa kepada kes kecuaian yang dilakukan ibu bapa kerana secara spontan kita menyatakan simpati dan menghulur bantuan. Kita akan mengatakan ‘takdir’ dan pasrah dengan kehendak Allah sedangkan apa yang berlaku kerana kecuaian ibu bapa menjalankan tanggungjawab mereka.

Persoalannya, sampai bila kita akan terus membiarkan ibu bapa yang cuai ini terlepas begitu saja. Adakah kejam jika kita mendakwa mereka ini? Bagaimana pula nasib anak yang lain apabila ibu bapa mereka didakwa?

Kegagalan mengambil tindakan juga bermakna peruntukan undang-undang sedia ada tidak akan dilaksana atau dikuatkuasakan sepenuhnya. Saya khuatir, jika tidak dikuatkuasakan ibu bapa akan terus mengabaikan kebajikan anak sama ada disedari atau tidak. Saya percaya jika ada yang dikenakan tindakan ini, ia akan menjadi pengajaran kepada semua dan dapat meningkatkan kesedaran mengenai masalah pengabaian anak.

Namun, perlu ditegaskan bahawa hukuman saja tidak berkesan jika masyarakat tidak mencegah pemasalahan ini daripada terus berlaku. Pada masa sama, mahu ditegaskan saya juga kurang setuju jika kita mengenakan tindakan ke atas mereka yang bersedih atas kehilangan anak masing-masing. Kita kena ingat bahawa Akta Kanak-kanak 2001 diwujudkan bukan hanya untuk menghukum mereka yang bersalah, tetapi mendidik masyarakat mencegah kejadian tidak diingini berlaku terhadap kanak-kanak.

Saya percaya sebagai ibu bapa sudah tentu mahu yang terbaik untuk anak, tetapi kadang-kadang sesuatu berlaku tanpa diduga yang dilihat sebagai pengabaian atau kelalaian pada pihak ibu bapa sendiri.

0 comments:

:a: :b: :c: :d: :e: :f: :g: :h: :i: :j: :k: :l: :m: :n:

Post a Comment