Gambar PAKK Lenggong

Gambar PAKK Lenggong

Sunday, November 8, 2009

PERTANDINGAN JIGSAW PUZZLE BERKUMPULAN

antara hadiah menarik disediakan
sabar menanti....

sesi minum pagi.....
antara yang terawal menyiapkan puzzle....



tekun menyiapkan puzzle masing-masing....




puzzle yang akan diagih mengikut kumpulan


sesi pendaftaran para peserta


(Objektif)
Objektif utama pertandingan ini adalah untuk merangsang minda dan tahap kecerdasan kanak-kanak melalui penglihatan. Dalam pada itu, dengan adanya pertandingan ini budaya bekerja secara kumpulan dapat dipupuk dalam diri kanak-kanak.


(Pelaksanaan)
Aktiviti : Pertandingan Puzzle Berkumpulan
Tarikh : 31 hb Oktober 2009 (Sabtu)
Masa : 9.00 pg – 12.00 tengahari
Tempat : Pusat Aktiviti Kanak-Kanak Lenggong

JAWATANKUASA PERTANDINGAN PUZZLE BERKUMPULAN

Penaung : Cik Kamizar a/p Bah Kajang
Pengerusi : En Fadzlil Bin Mohd Salleh
Naib Pengerusi: En Hazman Bin Ramli
Setiausaha : Cik Nurul Nadia Bt. Badri
Bendahari : En Rahman Bin Zakaria
AJK(Urusetia) : 1) Cik Norfazlin Bt. Tajuddin
2) Pn. Shamsiah Bt. Shafie
3) Pn. Asmaeyah Bt. Sihabuddin
4) Cik Nor Izani Bt. Mohd Nazri
5) En Kumaradevan a/l Rambiyah
6) En Hashim Bin Hasbollah


Pencapaian yang dapat dilihat daripada pelaksanaan aktiviti adalah seperti berikut:

1) Dari segi penyertaan amat memberangsangkan di mana terdapat 30 kumpulan dan menjadikan jumlah penyertaan adalah seramai 90 orang dan ini tidak termasuk ibu bapa.

2) Di akhir sesi, hampir kesemua peserta mampu menyiapkan cantuman puzzle yang telah diberikan. Kesemua peserta kelihatan ceria dan seronok sepanjang pertandingan berlangsung.

3) Semangat serta sikap bekerjasama jelas terpancar di wajah kanak-kanak yang menyertai pertandingan ini berikutan mereka berjaya menyiapkan susunan puzzle yang diberikan.



Antara masalah yang dihadapi:

1) Tiada penyertaan dari kategori tahap 2 (lingkungan umur 13-17 tahun) menyebabkan pihak penganjur terpaksa meneruskan pertandingan dengan penyertaan kategori tahap 1 sahaja.

2) Jumlah peserta yang begitu ramai menyebabkan urusetia sukar mengawal kanak-kanak berikutan mereka tidak mendengar kata. Namun setelah dipujuk untuk sekian kalinya, akhirnya pihak urusetia berjaya mengawal keadaan.

3) Masalah timbul apabila terdapat peserta berbangsa cina khususnya yang tidak faham dengan arahan yang disampaikan oleh pihak urusetia yang berbangsa Melayu.

4) Perbelanjaan melebihi peruntukan yang diterima memandangkan sambutan luar jangkaan dari kanak-kanak terhadap pertandingan ini.

5) Ruang yang agak sempit menyebabkan pergerakan para peserta
agak terhad.


Cadangan dan Strategi:

1) Pihak penganjur perlu memastikan segala keperluan dan kelengkapan adalah lengkap sebelum aktiviti dijalankan.

2) Memastikan anggaran perbelanjaan yang dirancang mencukupi bagi menjalankan aktiviti khususnya pada masa akan datang. Perbelanjaan yang melebihi peruntukan telah ditampung menggunakan duit lebihan aktiviti-aktiviti sebelumnya.

3) Pihak penganjur perlu menghadkan penyertaan peserta berikutan ruang di pusat Aktiviti Kanak-Kanak Lenggong tidak mampu menampung jumlah peserta yang ramai.