Gambar PAKK Lenggong

Gambar PAKK Lenggong

Monday, June 15, 2009

Ulasan kes-kes yang melibatkan kanak-kanak

Bagaimana dalam kes kehilangan seperti yang berlaku ke atas adik Nurin dan Sharlinie. Bolehkan kita katakan ibu bapa mereka cuai.

Dalam kes kehilangan ini sukar sedikit menentukan sama ada ibu bapa itu cuai atau tidak. Pihak berkuasa perlu meneliti kes sebelum mengambil tindakan lanjut. Dalam Akta Kanak-Kanak 2001 - Seksyen 31 (1) menyatakan mana-mana orang, atau orang yang mempunyai pemeliharaan seseorang kanak-kanak - (a) yang menganiayai, mengabaikan, membuang atau mendedahkan kanak-kanak itu dengan cara yang mungkin akan menyebabkannya mengalami kecederaan fizikal atau emosi atau yang menyebabkan atau membenarkannya dianiayai, diabaikan, dibuang atau didedahkan sedemikian; atau (b) yang menganiayai dari segi seks kanak-kanak itu atau yang menyebabkan atau membenarkannya dianiayai sedemikian, apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM20,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi 10 tahun atau kedua-duanya.

Namun, pada saya kita kena lihat latar belakang kes. Contohnya, jika kanak-kanak hilang kerana keluar berseorangan ke pasar malam tanpa pengetahuan ibu bapa, ini tidak boleh dikatakan ibu bapa cuai kerana selama ini ibu bapanya tidak membenarkan anaknya keluar berseorangan. Ia berbeza dengan kes yang mana ibu bapa selalu meninggalkan anak dan tidak mengawasi anak serta membenarkan anak keluar berseorangan, maka mereka boleh dikatakan cuai. Ini yang saya katakan tadi kita kena tengok kepada kes yang menimpa kanak-kanak itu.

Setakat ini belum ada tindakan diambil terhadap ibu bapa. Adakah ini disebabkan tidak ada peruntukan undang-undang atau kelemahan pihak berkuasa.

Akta Kanak-Kanak 2001 adalah menyeluruh, tetapi ia tidak menjamin perlindungan kanak-kanak secara optimum. Seperti saya katakan sukar pihak berkuasa menjalankan tugas, walaupun peruntukan sudah ada. Saya fikir mungkin kita kena juga mengambil tindakan sebagai pengajaran supaya pada masa depan kejadian dan kelalaian yang sama tidak berulang.

Saya tahu bagi kes cuai dan abai ini, pihak berkuasa masih teragak-agak mengambil tindakan. Namun, kena ingat undang-undang tidak memilih siapa yang akan dikenakan tindakan. Jika benar ibu bapa cuai, mengabai atau menganiaya, mereka juga patut dikenakan tindakan mengikut undang-undang sedia ada.

0 comments:

:a: :b: :c: :d: :e: :f: :g: :h: :i: :j: :k: :l: :m: :n:

Post a Comment